Tentang Kami
El Hajj Timeline
Idea
Idea bermula ketika pengasas bersembang bersama abangnya betapa sukarnya para jemaah Haji / Umrah mendapatkan produk penjagaan diri yang Halal, mesra wuduk serta mesra Ihram. ElHajj ditubuhkan dan produk pertamanya adalah ’KRIM HAJI’.
Produk Pertama
Produk pertama iaitu Krim Haji telah mendapat Kelulusan Sijil Halal dari Kerajaan Malaysia, (JAKIM).
Pengiktirafan Halal
Tiga lagi produk baru iaitu ElHajj Lip Balm, ElHajj Heal Balm dan ElHajj Facial Cleanser mendapat pengiktirafan HALAL dari Kerajaan Malaysia, (JAKIM).
El-Hajj Facial UV Cream
Satu lagi produk baru iaitu El-Hajj Facial UV Cream SPF15 mendapat pengiktirafan HALAL dari Kerajaan Malaysia, (JAKIM).
Eksport Antarabangsa
Produk ElHajj dieksport ke bumi Singapura, Brunei dan Indonesia.
Produk Baharu
Tiga produk baharu iaitu ElHajj Facial Moisturiser, ElHajj Facial Scrub dan ElHajj Hand & Body Lotion mendapat pengiktirafan HALAL dari Kerajaan Malaysia, (JAKIM).
Kerjasama Baharu
Menyertai Program Tajaan Sahabat Korporat Tabung Haji.
Kerjasama Untuk Tahun Kedua
Merupakan tahun kedua ElHajj menyertai Program Tajaan Sahabat Korporat Tabung Haji.
Pasaran Baharu Di Maldives
Produk El-Hajj berjaya memasuki pasaran baru di Maldives.
El-Hajj Body Wash
Satu lagi produk baharu iaitu El-Hajj Body Wash mendapat pengiktirafan HALAL dari Kerajaan Malaysia, (JAKIM).
Anugerah Kejayaan Cemerlang PUNB
Berjaya menamatkan program PROSPER dengan mendapat anugerah Kejayaan Cemerlang PUNB, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad.
Kerjasama Untuk Tahun Ketiga
Merupakan tahun ketiga ElHajj menyertai Program Tajaan Sahabat Korporat Tabung Haji.
El-Hajj Di Dubai & UK
Produk ElHajj berjaya memasuki pasaran Dubai dan United Kingdom. ElHajj mendapat pengiktirafan HAKCIPTA TERPELIHARA dari Kerajaan Malaysia.
Kerjasama Untuk Tahun Keempat
Penyertaan El Hajj dalam Program Tajaan Sahabat Korporat Tabung Haji untuk tahun yang keempat.
Penajaan & Amal
Menaja 2998 murid sekolah membuka akaun Tabung Haji (Khidmat Sosial). Memberi sumbangan produk kepada semua Jemaah Haji dengan kerjasama bersama CIMB Islamic.
Penajaan Program Kembara Bumi Suci
Menaja produk kepada 20 orang peserta expidisi dari Kuala Lumpur ke Kota Mekah selama 63 hari dan sejauh 20,596 kilometer dalam Program Kembara Bumi Suci 2012 (Khidmat Masyarakat).
El Hajj Di UAE & Arab Saudi
El Hajj telah berjaya memasuki pasaran negara United Arab Emirates dan negara Arab Saudi.
Score 4 Bintang SME
Mendapat penilaian score 4 BINTANG oleh Penilaian Score SME Corp.
El Hajj Shampoo
Satu lagi produk baharu iaitu El Hajj Shampoo mendapat pengiktirafan HALAL dari Kerajaan Malaysia, (JAKIM).
Pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia
El Hajj mendapat pengiktirafan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Menjadi pembekal berdaftar Tabung Haji bagi Tabung Haji.
Pengiktirafan ISO
Mendapat sijil pengiktirafan ISO 9001:2008 . Skop ISO : Sale, Marketing, Distributing And Manufacturing (Outsource) of Halal Skincare Products for Pilgrimage And Daily Use.
Score 4 Bintang SME Untuk Dua Tahun
Mendapat penilaian score 4 BINTANG oleh Penilaian Score SME Corp untuk dua tahun berturut-turut.
Kerjasama Bersama Yayasan Al-Khalifah
Memberi sumbangan produk kepada Jemaah Haji tahun tersebut dengan kerjasama pintar bersama Yayasan Al-Khalifah.
Pengiktirafan ISO
Mendapat pengiktirafan ISO 9001:2008 untuk tahun 2016.
El Hajj Memasuki Pasaran Di Australia
Produk El Hajj berjaya memasuki pasaran di negara Australia.
Score 4 Bintang SME Untuk Tiga Tahun
ElHajj mendapat penilaian score 4 BINTANG oleh Penilaian Score SME Corp untuk tiga tahun berturut-turut.
Pengiktirafan ISO
ElHajj mendapat pengiktirafan ISO 9001:2008 untuk tahun 2017.
Score 4 Bintang SME Untuk Empat Tahun
ElHajj mendapat penilaian score 4 BINTANG oleh Penilaian Score SME Corp untuk empat tahun berturut-turut.
Pelopor Produk Halal Penjagaan Diri Dan Kulit Yang Mesra Wuduk, Solat Dan Ihram
Inspirasi untuk menghasilkan barisan produk ElHajj ini bermula sewaktu ketika saya duduk bersembang dengan abang saya yang juga merupakan seorang doktor perubatan. Ketika itu timbulnya isu dimana susahnya para jemaah Haji dan Umrah bagi mendapatkan produk penjagaan diri dan kulit yang Halal, mesra wuduk dan Ihram. Produk penjagaan kulit sememangnya banyak di pasaran tetapi yang memenuhi syarat sah Ihram tidak ada. Maka terhasillah produk kami yang pertama yang dinamakan KRIM HAJI.
Atas dasar itulah maka tertubuhnya ElHajj pada tahun 2003 atas kesedaran tentang wujudnya kekosongan yang perlu diisi bagi membantu para Jemaah Haji dan Umrah untuk menjaga kesihatan diri dan kulit yang sememangnya terdedah dengan keadaan cuaca yang samada terlalu panas atau terlalu sejuk di Tanah Suci agar ibadah yang dilakukan dapat dilakukan dengan sempurna dengan keadaan badan yang selesa serta hati yang tenang.
Atas sokongan yang padu dari pelanggan-pelanggan setia ElHajj berjaya menggunakan sumber syarikat sepenuhnya bagi menembusi pasaran domestik dalam jangka masa pendek iaitu selama 12 bulan pertama.
Produk ElHajj kini berkembang dan telah membariskan pelbagai jenis produk khusus untuk kegunaan penjagaan diri dan kulit sewaktu mengerjakan ibadah Haji atau Umrah di Tanah Suci yang memiliki keadaan cuaca yang kering, terlalu panas dan sejuk yang boleh merosakkan kulit. Formulasi produk diberi penambah baikan agar bukan sahaja untuk ketika berIHRAM malah ia juga sesuai digunakan untuk penjagaan diri harian.
Kini ElHajj bukan sahaja diterima di pasaran domestik malah kini ianya telah diterima di pasaran diseluruh dunia seperti Singapura, Brunei, Indonesia, Eropah dan Timur Tengah.
Kami di ElHajj percaya bila diri terjaga dengan baik ikut syariah ibadah boleh jadi sempurna dalam hati yang tenang dan lapang.
Haji Muhammad Hammudi Muhammad Khalid
Pengasas El-Hajj Products Sdn Bhd
Bila Hati Tenang Ibadat Jadi Senang
Dalam beribadat perlukan ketenangan. Kita perlu fokus melakukan amal ibadat tersebut terutamanya ketika berIHRAM. Jika semasa berihram kita dalam keadaan yang selesa dan tenang maka segala rukun-rukunnya dapat kita tunaikan dengan selengkapnya. Untuk dapatkan ketenangan itu maka kita perlu bebas dari perkara syubhah. Produk El Hajj produk penjagaan diri yang halal bebas dari unsur syubhah boleh bantu anda. Yang penting penggunaan El-Hajj tidak melanggar syarat sah IHRAM. Barulah kita boleh tunaikan ibadat dalam keadaan hati yang tenang dan senang.